Kerjaya kelab Park_Chu-young

Kerjaya belia

Populariti Park Chu-Young dengan orang awam Korea tercetus setelah kejayaannya di Kejohanan Belia AFC 2004 dimana dia mengetuai pasukan kebangsaan Korea B20 untuk memecah rekod memenangi kejohanan itu buat kali ke-11. Dalam proses itu, dia memenangi anugerah Bola Emas dan dipilih Pemain Paling Bernilai Kejohanan. Dia juga dipilih beraksi untuk pasukan bawah-20 Korea Selatan di Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003.

Histeria Park Chu Young dalam negara berkembang lebih besar ketika skuad Korea bawah-20 mengambil bahagaian dalam jemputan lapan pasukan Qatar pada bulan Januari 2010. Park menjaringkan dua gol ketika menentang China, tiga ketika menentang Ukraine, dua ketika menentang Algeria dan dua ketika menentang Jepun untuk Korea memenangi pertandingan. Park dinamakan Pemain Muda Asia Tahunan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.

Park juga mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2005, di mana dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Nigeria.

FC Seoul

Park Chu-Young bermain untuk FC Seoul

Pada tahun 2005, Park menyertai Liga-K, dimana dia menyertai FC Seoul. Dalam musim pertama Park, dia menjaringkan 18 gol dan membuat 4 bantuan gol dalam 30 penampilan (termasuk perlawanan piala), membolehkan dia memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Liga-K dan menjadi penjaring terbanyak pertandingan. Dia menjadi ikon FC Seoul.

Selepas Piala Dunia, penyokong Korea menjangka bahawa Park akan kembali beraksi dalam prestasi terbaiknya ketika beraksi dalam Liga-K tetapi ini tidak berlaku, kerana dia hanya berjaya menjaringkan 8 gol dan membuat 1 bantuan gol dalam 30 penampilan (termasuk perlawanan piala) semasa musim 2006.

Kemudiannya pada tahun 2006, dia menyertai pasukan bola sepak Olimpik Korea Selatan untuk Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, dimana dia bermula dengan baik dengan menjaringkan 2 gol ketika menentang Bangladesh. Tetapi selepas perlawanan ini, dia gagal untuk menjaringkan gol untuk baki pertandingan. Korea Selatan kalah kepada Iraq dalam perlawanan separuh akhir yang kontroversi dan gagal menewaskan Iran dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, menyebabkan Korea Selatan gagal memenangi pingat buat kali pertama dalam banyak tahun.

Ketika Liga-K musim 2007 bermula, Park memulakan musim dengan menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan (termasuk perlawanan piala). Tetapi tidak lama selepas itu, dia mengalami kecederaan kaki yang dialaminya semasa musim biasa. Akibat kecederaan ini, dia diletakkan dalam pasukan simpanan Korea Selatan untuk Piala Asia 2007, tetapi dia gagal untuk pulih daripada kecederaan, manakala penyerang yang dipilih untuk pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan tidak ada yang cedera atau gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika kem latihan atau perlawanan persahabatan, menyebabkan dia tidak dipilih untuk Piala Asia 2007. Ketika kecederaannya, dia terlepas perlawanan FC Seoul menentang kelab Liga Perdana, Manchester United dimana FC Seoul tewas 4–0.

Selepas kembali daripada kecederaan kakinya, dia bermain dalam pusingan kelayakan untuk Olimpik Beijing dimana Korea Selatan menempah tempat dengan seri 0–0 ketika menentang Bahrain pada 27 November 2007.

AS Monaco

Selepas persembahan mengagumkan dalam skuad pasukan kebangsaan dan Olimpik, Park menyertai AS Monaco pada 1 September 2008. Pada 13 September, dia menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya ketika menentang FC Lorient pada minit ke 26. Semasa separuh masa kedua, dia membuat bantuan gol kepada rakan sepasukannya Frédéric Nimani sebelum digantikan pemain lain. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0, dan Park dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan.

Pada 13 Februari 2011, Park menjaringkan gol ketujuh musimnya ketika kemenangan 3–1 ke atas FC Lorient. Tiga belas hari kemudian, Park menjaringkan dua gol ketika seri 2–2 menentang SM Caen.[2]

Park Chu-Young di Arsenal

Arsenal

Dalam keadaan agak pelik pada 30 Ogos 2011, kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal menandatangani Park.[3] Adalah dipercayai bahawa Chu-Young mendapat minat dari Arsenal dan meninggalkan bilik hotel tanpa menghabiskan ujian perubatan dengan kelab Ligue 1, Lille OSC.[4] Dia diberikan jersi bernombor 9.[5] Pada 1 November, Chu-Young memulakan perlawanan pertamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah, seri 0–0 menentang kelab Perancis, Marseille. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal ketika pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Bolton Wanderers pada 25 Oktober 2011 memberikan Arsenal kemenangan 2–1.[6]Dia membuat penampilan sulungnya untuk Arsenal sebagai pemain gantian, masuk pada minit ke 82 ketika kekalahan 2–1 kepada Manchester United, pada 22 Januari 2012.

Pada 6 Mac 2012, dia membuat penampilan dengan menggantikan Theo Walcott dalam perlawanan Liga Juara-Juara, ketika menang 3–0 ke atas Milan di Stadium Emirates, namun Milan menang 4–3 secara agregat.

Pada 8 Ogos 2012, ianya telah disahkan bahawa dia telah diberi nombor 30, dengan pemain baru Lukas Podolski mengambil alih nombor 9.[7] Park tidak bermain satu perlawanan pun untuk Arsenal selama 14 bulan sehingga 30 Oktober 2013 apabila dia masuk menggantikan Aaron Ramsey pada minit ke 81 ketika menentang Chelsea dalam Piala Liga. Arsenal tewas 2–0 dalam perlawanan itu. Walaupun ada perbincangan mengenai perpindahan secara pinjaman ke Wigan Athletic, perjanjian itu tidak menjadi kenyataan.[8][9] Dari saat itu, Park tidak lagi membuat penampilan liga dengan pasukan utama. Park dikeluarkan dari kelab itu secara percuma pada 30 Jun 2014.[10]

Dipinjamkan ke Celta de Vigo

Walaupun ada minat dari Blackburn Rovers dan Al-Hilal[11] dan khabar angin dikaitkan dengan Nottingham Forest, pada 31 Ogos 2012, Park berpindah Celta de Vigo secara pinjaman semusim dari Arsenal untuk musim La Liga 2012–13. Dia diberikan jersi bernombor 18.[12] Pada 22 September 2012, dia menjaringkan gol pertamanya ketika penampilan sulungnya di tuan rumah ketika kemenangan 2–1 ke atas Getafe, menjadikannya pemain Korea Selatan pertama untuk menjaringkan gol dalam La Liga.[13]

Dipinjamkan ke Watford

Pada 31 Januari 2014, Park dipinjamkan ke kelab Championship, Watford untuk baki musim 2013–14.[14][15] Park membuat penampilan sulung untuk Watford sebagai pemain gantian pada minit ke 90 menggantikan Fernando Forestieri ketika kemenangan 2–0 ke atas Brighton pada 2 Februari 2014.[16]

Dia memulakan perlawanan buat kali pertama untuk Watford ketika kalah 2–0 di tempat lawan menentang Bolton Wanderers pada 22 Februari 2014.

Pada 23 Mei 2014, selepas berakhirnya musim, Park termasuk dalam senarai pemain yang dikeluarkan Arsenal.[17] Kontraknya berakhir pada 30 Jun 2014.[18]

Rujukan

WikiPedia: Park_Chu-young http://www.arsenal.com/news/news-archive/arsenal-t... http://www.arsenal.com/news/news-archive/ju-young-... http://www.arsenal.com/news/news-archive/squad-num... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://star.fnnews.com/news/index.html?no=120646 http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/95098... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/65421/par... http://soccernet.espn.go.com/report?id=332764&cc=5... http://www.kleague.com/kr/sub.asp?avan=1006020000&... http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/53900